Muqaddimah....Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum wbt.
Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim
Syukur ke hadratNya, akhirnya blog panitia Agama Islam SMK St. John, Tuaran dapat direalisasikan. Blog ini memaparkan segala informasi dan aktiviti di samping berkongsi fikrah dengan pembaca. Sebarang cadangan atau idea untuk penambahbaikan blog ini amat dialu-alukan. Terima kasih.

Mutiara kata


Friday, March 4, 2011

Pertandingan MTQ Peringkat Daerah thn 1432 H

SM St John telah menghantar 4 orang wakil untuk MTQ tahun ini iaitu Mohd Hishamuddin Madaim & Siti Nadhirah Awang Ladin ( acara tilawah)Faizzul Sabrin & Farah Nabila ( acara syarahan agama)




Bagi acara tilawah ( lelaki & perempuan ) telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Tahniah & syabas diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, boleh mencuba lagi pada tahun akan datang. Terima kasih kepada anda semua yang telah memberikan komitmen untuk MTQ ini.


Wednesday, March 2, 2011

Siapa Maher Zain?

Hari ini, ramai kawan saya yang menggunakan lagu Maher Zain sebagai 'ringtone' telefon mereka terutamanya lagu 'For The Rest of My Life.'Maklumlah, kebanyakan mereka 'sudah berpunya'; samada sedang ber'couple', dah bertunang atau telah beristeri. ^_^
Maher Zain kini menjadi sebuah fenomena di Malaysia.Lagu-lagunya bukan sahaja didengar oleh peminat nasyid tetapi turut didengari oleh mereka yang selama ini membenci nasyid.Kawan-kawan yang 'sempoi' pun boleh menangis apabila mendengar lagu Maher Zain.


Selain suaranya yang merdu, susunan muzik lagu-lagunya sangat indah.Malah liriknya bermakna dan memberikan kesan mendalam kepada pendengar.Menurut sumber yang saya peroleh, setiap lagu yang dinyanyikan oleh beliau telah melalui proses penapisan. 
Proses tersebut bertujuan untuk memastikan setiap lagu yang disampaikan mampu memberi kesan emosi kepada pendengar atau dengan kata lain, mampu menyentuh hati pendengar.

Siapa Maher Zain?

Teringin juga mengenali siapa sebenarnya penasyid yang hebat ni.Rupanya beliau merupakan seorang rakyat Sweden yang berketurunan Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika umur Maher Zain 8 tahun.Beliau kemudian bersekolah di sana dan seterusnya melanjutkan pengajian ijazahnya dalam kejerutaan aeronautik. Kemudian beliau berpindah dan menetap di New York selama beberapa tahun kerana minat yang mendalam terhadap muzik.
Menurut Maher Zain, walaupun meminati muzik, tetapi beliau merasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya.Oleh kerana itu pada Januari 2009 beliau beralih arah kepada muzik yang menggambarkan identiti beliau sebagai seorang muslim.Selepas itu beliau menandatangani kontrak dengan syarikat Awekening Records yang berpangkalan di United Kingdom.


Maka lahirlah album debutnya "Thank You Allah" yang terus menduduki tangga pertama di carta Amazon's World Music. Hebat!Saya doakan agar Maher Zain dapat meneruskan kecemerlangan beliau.

Artikel dr iluvislam.com

Tuesday, February 16, 2010

Salam Maulidurrasul

Sabda Nabi SAW"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari Qiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu" ( Riwayat An-Nasai & Ibn Hibban)

 
~

Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok.
(Muslim)

~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya.
(Bukhari)

~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan.
(Muslim)

~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak.
(Tirmizi. Hasan)

~ Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum".
(Bukhari)

~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan."
(Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)


*Penulis memetik hadis dan dalil dari buku Mengenal Peribadi Rasulullah SAW karya Syeikh Muhammad Jamil Zainu)

Sumber: iluvislam.com

Monday, February 1, 2010

Hari Valentine

Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.


"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...




*Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd. Khafidz. Artikel ini telah diterbitkan semula dalam www.drhasanah.com

Saturday, January 30, 2010

Kepentingan Makanan Yg Halal Untuk Menjana Generasi Yg Soleh/Solehah

Satu malam, khalifah Islam terkemuka, Umar al-Khattab r.a menziarahi rakyatnya.Berdekatan dgn rumah kedengaran suara dialog anak dara dengan ibunya.Ibu berkata, tambahkan air supaya kuantiti susu bertambah.Jawapan anaknya, Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a melarang mencampurkan susu dgn air.Ibu bertegas mengatakan : Orang2 lain telah melakukannya.Engkau lakukan sahajalah ! Jika engkau lakukan Amirul Mukminin tidak akan tahu.Anak gadisnya mengatakan, jika Umar tidak tahu, Tuhan Umar pasti tahu.Umar r.a amat terharu mendengar kesalihan gadis itu.Dia pulang ke rumah, lantas meminta anaknya Asim supaya meminang gadis tersebut.Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang puteri yg dinamakan Ummu Asim bt Asim.Ummu Asim ini akhirnya dipinang dan dikahwini oleh Abd Aziz bin Marwan bin Hakam.Daripada pasangan inilah lahirnya Umar bin Abd Aziz,khalifah Islam yg dianggap sebagai seorang mujaddid kurun pertama hijrah.